Majlis Haul Y.M.T.GURU RA Yang Ke-25

Majlis Haul Yang Mulia TUAN GURU RA Yang Ke-25


Haul pada istilah Bahasa bermaksud setahun. Dalam konteks Hari Haul pula ia membawa maksud suatu bentuk peringatan yang diadakan setahun sekali bertepatan dengan wafatnya seseorang yang ditokohkan oleh masyarakat, lebih-lebih lagi khusus untuk tokoh agama/ulama kenamaan.

Hari Haul ini lazimnya diadakan untuk tujuan yang penting iaitu mengenang jasa dan hasil perjuangan para tokoh terhadap masyarakat dan kemajuan agama Allah SWT untuk dijadikan suri tauladan oleh generasi sekarang dan generasi akan datang.

Majlis Haul Yang Mulia Tuan Guru Haji Ghulam Hassan Ali-Akbar Al Haj Al-Ghaus Al-Bikangi RA (YMTGURU RA) yang ke 25 telah diadakan dikediaman beliau di Kg Bikang, Lahad Datu,Sabah pada 24 April 2016, bersamaan 16 Rejab 1437H.

Majlis gilang gemilang ini telah di usahakan oleh ahli keluarga YMTGURU RA sendiri dan diketuaioleh anak-anaknya iaitu Haji Abdul Hakim Bin YMTG Haji Ghulam Hassan AlBikangi RA dan Haji Abdul Halim As-Sidek Bin YMTG Haji Ghulam Hassan AlBikangi RA. Sekalian orang ramai telah dijemput ke majlis ini. Banner/sepanduk jemputan telah dipasang sekitar daerah Semporna, Lahad Datu dan beberapa kawasan daerah di negeri Sabah. Melalui media sosial juga kita telah menwar-warkan jemputan ini. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, majlis telah dihadiri lebih kurang 3000 orang yang datang dari sekitar daerah Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Sebelum bermulanya majlis pada pagi 24 April 2016 itu, kedengaran lunak alunan kitab berzanji oleh Bilal Ali, bilal lantikan YMTG RA. Disamping ituterdapat juga khemah jualan kitab-kitab YMTG RA dan pada hari tersebut secretariat kitab telah membuka jualan istimewa potongan 50% kepada pembeli. Flyers dan pamphlet berkenaan YMTGURU RA turut diedarkan secara percuma kepada hadirin.

Bersempena dengan majlis yang mulia ini, pewaris Yang Mulia Tuan Guru Haji Ghulam Hassan Ali-Akbar Al Haj Al-Ghaus Al-Bikangi RA (YMTG RA) iaitu Yang Mulia Tuan Guru Haji Abdul Rahim Al-Hassaniyyah telah menyampaikan dua sesi ceramah/ucapan di mana beliau telah menerangkan tentang:

1. Siapakah sebenarnya Yang Mulia Tuan Guru Haji Ghulam Hassan Ali-Akbar Al Haj Al-Ghaus Al-Bikangi RA (sesi pagi); dan

2. Apakah sebenarnya Thariqat itu dan peranannya (sesi petang)

Segala puji bagi Allah SWT kerana walaupun dua sesi ucapan ini diadakan di sebelah pagi, berhenti rehat untuk waktu zohor dan kemudian bersambung ke sebelah petang, orang ramai tetap tidak berganjak dan tetap menunggu untuk sama-sama mendengar nasihat dari Yang Mulia Tuan Guru Haji Abdul Rahim Al-Hassaniyyah.

Sebagai penghormatan kepada Yang Mulia Tuan Guru Haji Ghulam Hassan Ali-Akbar Al Haj Al-Ghaus Al-Bikangi RA, orang ramai berpusu-pusu menziarahi makam YMTG RA tidak jauh dari kediaman beliau iaitu di sebelah Masjid Kampung Bikang. Ini dilakukan selepas solat Zuhur di masjid berkenaan.

Syukur Alhamdulillah tiada kata yang dapatdiucapkan betapa sedapnya menguruskan dan menghadirikan diri ke majlis yang sangat berkat dan gilang gemilang ini.Kami juga dapat melihat sendiri kesungguhan dan kebaikan semua ahli keluarga YMTGURU RA dari anak-anak yang kecil sehingga yang besar sama-sama membantu meraikan tetamu-tetamu yang hadir. Amat terharu kerana mereka bersusah payah menghidangkan makanan-makanan yang lazat dari pagi sehingga ke petang. Ini mengingatkan kami kepada sifat terpuji dan kegemaran YMTG RAiaitu memberi makan kepada orang ramai. Pendek kata suasana di majlis Hari Haul YMTG yang ke 25 ini sangat indah dan harmoni.